Sunday, July 3, 2022

Virus Delta boleh hidup dalam hidung orang sudah divaksin

Secara Rawak

KUCHING: Kajian baharu mengenai varian Delta mendapati bahawa varian berkenaan boleh tumbuh di dalam hidung individu yang sudah mendapat suntikan vaksin termasuk yang belum divaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kajian awal mengesahkan Delta tumbuh di dalam hidung orang yang sudah divaksinasi seolah-olah individu berkenaan belum mendapatkan vaksin.

“Virus yang tumbuh itu sama penularannya kepada orang yang tidak divaksin. Maksudnya, orang yang sudah divaksin boleh menyebarkan vitus itu kepada individu lain,” katanya dalam paparan Facebooknya, pada Sabtu.

Tambah Dr Noor Hisham, sebelum ini beberapa kajian yang dijalankan di hospital di India, Provincetown, Massachusetts dan Finland juga turut mendapati terdapat banyak virus Delta dikesan di dalam hidung indvidu sama ada yang sudah divaksin atau tidak.

Terdahulu Noor Hisham Dr Noor Hisham berkata, unjuran kes semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula Jun lalu menunjukkan kes terkawal dan meningkat semula disebabkan varian baharu itu.

Menurutnya, varian Delta kini menjadi varian dominan di seluruh negara seperti varian Beta yang merebak ke seluruh negeri sebelum ini.

“Peningkatan saringan bersasar di lapangan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga turut menyumbang kepada peningkatan jumlah kes harian Covid-19,” katanya.

Beliau berkata, KKM sedang berusaha untuk meningkatkan kapasiti saringan kepada 120,000 saringan sehari bagi mengesan individu positif dan mengawal penularan dalam komuniti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru