Tuesday, August 16, 2022

Syarat masuk Sarawak kini lebih ketat, wajib kemukakan sijil vaksinasi lengkap

Secara Rawak

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak meningkatkan beberapa tatacara kemasukan ke Sarawak berkuat kuasa serta-merta.

Antaranya wajib menjalani ujian RT-PCR Covid-19 selama tiga hari dan sekiranya keputusan RT-PCR negatif boleh membuat permohonan kemasukan melalui Enter Sarawak sebelum dibenarkan masuk ke Sarawak pada hari ketiga.

Selain itu, mana-mana individu dikehendaki mengemukakan sijil vaksinasi digital yang menunjukkan sudah lengkap dua dos vaksin dari tarikh 14 hari menerima dos vaksin terakhir.

“Manakala untuk golongan yang tidak mengambil vaksin atas alasan perubatan kesihatan diminta mengemukakan surat pengesahan dari klinik atau hospital sebagai bukti,” kata JPBN.

Bagi pengembara dari luar negara, transit di Sarawak tidak dibenarkan manakala kemasukan akan dikenakan dikuarantin wajib di First Point Of Entry (FPOE).

Berbanding pengembara dari dalam negara, transit atas syarat penerbangan hari sama, tidak dibenarkan untuk keluar dari lapangan terbang dan bangunan terminal transit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru