Friday, August 19, 2022

Masing kesal dengan kejadian di Sungai Batang Baleh

Secara Rawak

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing menyatakan kekesalannya terhadap kesan buruk daripada fenomena longgokan sisa-sisa kayu balak terapung yang berlaku di Sungai Batang Baleh akibat daripada aktiviti pembalakan yang beroperasi di sepanjang sungai tersebut.

Dalam satu kenyataan media pada Ahad, Tan Sri James Masing memberitahu, kejadian sama yang pertama berlaku pada tahun 2010 dan kini insiden sama berulang.

Jelasnya, kejadian berkenaan turut mengakibatkan pergerakan penduduk setempat terjejas selain mengakibatkan hidupan air yang ditemui mati terapung.

“Jadi, untuk memastikan kejadian ini daripada berulang, lesen pembalakan bagi syarikat yang beroperasi di hulu Batang Baleh, tidak wajar diperbaharui lagi,” katanya.

Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh itu menambah, kejadian berkenaan juga dikhuatiri akan menjejaskan Empangan Hidroelektrik Baleh.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru