Thursday, September 23, 2021

Keluarga Malaysia bersifat inklusif

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno  Malaysia hari ini melihat Keluarga Malaysia adalah satu pendekatan baharu yang amat baik bersifat inklusif oleh Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memfokuskan kesejahteraan rakyat dan pemulihan negara rentas parti selaras Titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bagi pergerakan itu tiga perkara yang mesti didahulukan segera antaranya tuntutan rakyat yang meliputi permintaan penambahbaikan pakej bantuan rakyat termasuk BPN, BKC, Moratorium tanpa faedah terakru, i-Citra KWSP RM10 ribu one-off, tambahan suntikan fiskal bantuan kerajaan dan lain-lain serta boleh merujuk kembali 10 #TuntutanRAKYAT.

“Keduanya Vaksinasi perlu disegerakan dan diperluaskan bagi mencapai ‘herd imunity’ atau imunisasi berkelompok yang mampu mengurangkan risiko rakyat yang dijangkiti COVID-19 sehinggaa ke tahap memudaratkan nyawa dan kesihatan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Kata Asyraf lagi, ‘Total Lockdown’ boleh dikaji semula agar pendekatan separa masak sebelum ini tidak diulangi.

“Memandangkan virus hanya tersebar melalui pergerakan manusia, memutuskan rantaian virus hanya boleh dicapai jika penutupan penuh @ Total Lockdown untuk tempoh masa terhad disertai dengan bantuan khas kepada rakyat dapat dilakukan.

“Dengan penglibatan semua parti politik tanpa mengira ideologi bukan sahaja pelan pemulihan mampu direalisasikan dengan berkesan, bahkan suhu politik negara dapat diturunkan dan ‘political ceasefire’ atau gencatan senjata politik benar-benar dapat dilaksanakan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru