Sunday, September 19, 2021

Benarkan penjawat awam bekerja dari rumah, Cuepacs Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Cuepacs Negeri Sarawak (CNS) mencadangkan agar Penjawat Awam (PA) selain dalam kategori petugas barisan hadapan dibenarkan untuk bekerja dari rumah (BDR) sekiranya kes positif harian Covid-19 masih menunjukkan peningkatan.

Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, perkara tersebut juga dilihat sesuai susulan situasi semasa penularan Covid-19 sejak beberapa minggu yang lalu khususnya di Zon Selatan Sarawak.

“Kami (CNS) dimaklumkan sekarang terdapat banyak juga jabatan-jabatan  kerajaan yang ditutup sementara untuk tempoh tiga hari ke dua minggu bagi mengelak penularan Covid-19 secara lebih luas.

“Penutupan tersebut juga adalah untuk tujuan sanitasi atau terdapat kakitangan yang positif Covid-19 serta menjalani dikuarantin,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, tambahnya CNS berharap agar kerajaan dapat mempertimbang perkara berkenaan bagi tempoh tertentu melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Secara Rawak

Artikel Terbaru