Sunday, September 19, 2021

Orang tengah aktiviti persundalan dipenjara enam bulan

Mesti baca

KUCHING: Seorang remaja yang merupakan warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret semalam, atas kesalahan menjadi orang tengah bagi aktiviti persundalan dua orang wanita warga Thailand di sini, Jun lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun mengaku bersalah setelah pertuduhan dibaca di hadapan dua hakim.

Menurut fakta kes, tertuduh yang disyaki menjadi penjaga premis dan tiga orang wanita warga asing berjaya diberkas dalam satu serbuan Op Noda oleh pihak polis di sebuah hotel di Jalan Setia Raja pada 28 Jun lepas sekitar 4.00 petang.

Semasa operasi, dua orang saksi pihak polis telah membuat penyamaran mengesahkan bahawa dibawa naik ke aras satu hotel oleh tertuduh dan menawarkan dua wanita untuk hubungan seks di dalam dua buah bilik berasingan.

Hasil siasatan, pihak polis berjaya merampas barang kes seperti lima keping kondom, sekeping kad akses hotel dan wang tunai RM200.

Tertuduh didakwa di bawah Sesyen 372A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dan sebatan dan denda jika disabit bersalah.

Dalam kes berkaitan, seorang wanita berusia 32 tahun yang merupakan warganegara Thailand dijatuhi hukuman denda RM2,000 dan sebulan penjara atas kesalahan menjalankan aktiviti pelacuran.

Selain itu, hukuman penjara empat bulan dari tarikh ditangkap dan akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen setelah selesai menjalani hukuman turut dikenakan kepada seorang wanita warganegara Thailand berusia 39 tahun atas kesalahan yang sama.

Menurut fakta kes, Warangya Thongmao,32, dan Anisa Ounsri,39, telah melakukan aktiviti tawar-menawar perkhidmatan seks kepada anggota penyamaran dengan kadar bayaran RM200 dan seterusnya tertuduh telah bersama-sama anggota tersebut di dalam sebuah bilik.

Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin dan Inspektor Mohd Adzmei Ahmad di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi dan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Secara Rawak

Artikel Terbaru