Sunday, December 5, 2021

Harapan Ismail Sabri lantik TPM dari Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah membuat satu keputusan yang amat tepat dan berpatutan  memperkenankan Ahli Parlimen Bera Datuk Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan. 

Menurut Ketua Penerangan  Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang, beliau bukan saja mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan wakil rakyat, tetapi  juga  paling layak dari segi kekanannya sebagai mantan Timbalan  Perdana Menteri dan Menteri Kanan Pertahanan serta pengalaman yang luas dan berlatar belakang seorang peguam,” katanya.

Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu, dan dalam tempoh v45 terus dilantik ke jawatan sekarang ekoran peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Sangat cocok untuk menerajui pentadbiran negara di kala pandemik Covid-19 masih dalam kemuncaknya melanda kita,” katanya yang juga Adun Muara Tuang. 

Idris berkata, pelantikan Ismail juga memberi keyakinan terhadap semua termasuk para pelabur antarabangsa ke atas kewibawaan negara membawa kita semua keluar dari zon bahaya Covid-19 kerana pada kita beliau serta- merta boleh melanjutkan strategy dan  langkah-langkah terbaik yang telah disusun atur sebelum ini mengawal keadaan dan seterus memenangkan kita melawan gejala ini. 

“Beliau mempunyai rekod paling bersih!,” jelasnya. 

Katanya lagi, diharap beliau akan pertimbang sebaik-baiknya untuk melantik wakil rakyat dari GPS menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri-menteri kana Persekutuan.

Katanya,  diharap beliau dapat memberi sebaik-baik pertimbangan untuk mengembalikan hak-hak Sarawak yang telah terhakis  agar sejajar dengan kehendak  Perjanjian Malaysia 1963 (MA-63). 

Ismail Sabri yang mendapat 114 undi mengalahkan pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meraih 105 undi untuk jawatan tersebut.

Beliau mendapat pendidikan dalam bidang undang-undang di Universiti Malaya pada 1980 dan berpengalaman luas dalam bidang politik.

Mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Muhaini Zainal Abidin pada 1986, pasangan itu mempunyai empat orang anak.

Kerajaya politik beliau:

1995 – 1999 – Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

  • 2008-2009 – Menteri Belia dan Sukan
  • 9 April 2009 – 2013 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • 2013 – 2015 – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • 2015 – 2018 – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • 12 Mac 2020 – Menteri Kanan (Menteri Pertahanan), (Kluster Keselamatan)
  • 7 Julai 2021 – Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru