Sunday, September 19, 2021

Empat penipu dikehendaki polis

Mesti baca

PADAWAN: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan empat individu untuk membantu menyelesaikan satu kes penipuan yang disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata, individu pertama bernama Chang Kheng Siang, 64, alamat terakhir di Lot 636, Taman Pasir, 94700 Serian, Sarawak.

“Individu kedua bernama Chan Seng Khui, 53,alamat terakhir di No 1, Kemayau Jalan Serian By Pass, 94700 Serian.

“Sementara individu ketiga iaitu Chan Khing Lin, 55, alamat terakhir di RPR Batu 12, Jalan Kuching Serian, Lot 235, 93250, Kuching.

“Individu keempat bernama Chang Foh Chian, 65, dengan alamat terakhir di Lot 3527, No 339, Tabuan Desa, 93350 Kuching,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Jaw Shyong meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan individu terbabit menghubungi pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan iaitu Inspektor Mohd Hisyam Mohd Shah (016-4569169) atau Inspektor Douglas Suai Dimbap (019-8129892).

Secara Rawak

Artikel Terbaru