Sunday, September 19, 2021

Miliki dadah: Dua sahabat baik didenda RM6,000

Mesti baca

KUCHING: Dua orang sahabat baik masing-masing dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, atas kesalahan memiliki dadah jenis Ketamin seberat 2.58 gram, Disember tahun lalu.

Hakim Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman terhadap dua tertuduh iaitu Siti Diah Haizawaty Nazaruddin, 24, dan Emelda Maja, 20, apabila mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan mereka.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) Akta yang sama dan di baca bersama Seksyen 34 Akta yang sama yang boleh membawa hukuman denda tidak melebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika disabit bersalah.

Menurut fakta kes, kedua-dua tertuduh berjaya ditangkap sebuah rumah pangsapuri mewah di Jalan Richmond dalam satu serbuan pihak polis sekitar 10.30 malam, pada 27 Disember tahun lalu.

Hasil pemeriksaan di bilik ruang tamu, pihak polis telah menjumpai enam batang rokok yang disyaki berisi dadah jenis Ketamin di atas meja tempat duduk semasa kedua-dua tertuduh ditahan semasa serbuan.

Barang kes telah dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia pada untuk di analisis dan laporan mengesahkan bahawa barang tersebut adalah dadah jenis Ketamin seberat 2.58 gram.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin dan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Secara Rawak

Artikel Terbaru