Friday, August 12, 2022

Ismail Sabri jadi Perdana Menteri Kesembilan?

Secara Rawak

KUCHING:  Selain beberapa Ahli Parlimen Bebas, Ahli Parlimen  Perikatan Nasional (PN),  Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan hadir ke Istana Negara untuk sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mulai jam 10 pagi ini.

Perjumpaan itu dikatakan bermula dengan ahli parlimen GPS sebelum diikuti ahli Parlimen Bersatu dari Sabah.

Sesi menghadap itu difahamkan bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong mendapatkan pengesahan tentang calon Perdana Menteri kesembilan selepas menerima  pengesahan daripada ahli parlimen terbabit sebelum jam 4 petang semalam.

Persaingan menduduki jawatan Perdana Menteri adalah antara Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  dengan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebagai menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lalu susulan penarikan sokongan oleh 15 ahli parlimen Umno.

Anwar yang juga Presiden PKR dan ahli parlimen Port Dickson mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan, Pejuang, Warisan, UPKO, PSB dan dua Ahli Parlimen Bebas.

Namun,  penganalisis politik percaya bahawa kemungkinan besar Ismail dilantik sebagai Perdana Menteri kerana menerima 114 sokongan mengalahkan Anwar yang dikatakan hanya mendapat 105 undi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru