Friday, October 7, 2022

11 kluster baharu: Enam kluster tempat kerja, lima lagi kluster komuniti

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 11 kluster baharu diisytiharkan di Sarawak semalam dengan enam kluster tempat kerja manakala lima lagi kluster komuniti.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), enam kluster tempat kerja ialah kluster Jalan DBKU (15 kes), kluster Jalan Tenaga (13 kes), kluster Central Park Batu Tiga (12 kes), kluster Batu 25 Jalan Kuching-Serian (36 kes), kluster Tanjong Kibong 2 (17 kes) dan kluster Dijih (13 kes).

Manakala lima kluster dalam komuniti ialah kluster Kampung Muara Tebas 2 (43 kes), kluster Tanah Mawang (54 kes), kluster Semada (55 kes), kluster Kampung Sungai Linsat (65 kes) dan kluster Ensebang Plaie (34 kes), tambahnya.

Sementara itu, satu kluster dicatatkan tamat iaitu kluster Semuja di Serian kerana tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lalu.

JPBN turut memberitahu, Sarawak mempunyai 119 kluster aktif diikuti 16 kluster masih mempunyai penambahan kes baharu dan 103 kluster lagi tiada penambahan kes baharu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru