Sunday, January 23, 2022

Pelaksanaan projek RTP perlu disemak, dipantau secara bulanan

Secara Rawak

MIRI: Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Jaul Samion telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Lawatan Tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Bahagian Miri yang diadakan  di Pejabat Residen Bahagian Miri pada Selasa.

Mesyuarat tersebut diadakan untuk menilai semula projek RTP yang telah dicadang dan sedang dijalankan bersama agensi-agensi Kerajaan Sarawak seperti Kementerian Utiliti Sarawak, Pejabat Residen Bahagian Miri, Pejabat Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) – Majlis Daerah/Bandaraya), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) di Bahagian Miri.

Berpandukan Pekeliling No.14/2020 Garis Panduan Baharu Pengurusan dan Pelaksanaan RTP pada 24 Julai 2020, semua pelaksanaan projek RTP perlu disemak dan dipantau secara bulanan untuk memastikan projek RTP yang diluluskan telah dilaksanakan sepenuhnya.

Turut sama Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datu Ik Pahon Joyik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Sosio Ekonomi) Dato Sri Haji Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pemangku Residen Bahagian Miri Jamalie Busri.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru