Monday, January 24, 2022

Beri sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri agar projek RTP dapat diteruskan

Secara Rawak

BINTANGOR: Prasarana pejabat daerah Meradong lama akan dinaik taraf untuk fasa ketiga tahun 2021.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, projek bernilai RM100,000 itu dilaksanakan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bermula 12 Ogos 2021 dan dijangka siap pada Disember 2021.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ringkas penyerahan tapak projek tersebut pada Selasa.

Dalam pada itu, Datuk Ding berharap orang ramai terus memberi sokongan kepada kepimpinan kerajaan negeri agar pelaksanaan projek RTP dapat diteruskan.

Ujarnya, projek RTP telah banyak membantu pelaksanaan pembangunan di luar bandar termasuk di daerah Meradong.

Sementara itu, Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Ding dan Kerajaan Sarawak yang telah meluluskan projek menaiktaraf Pejabat Daerah Lama Meradong.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru