Thursday, December 9, 2021

PM baharu perlu pastikan hak Sarawak tak terhakis

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri baharu yang akan menggalas jawatan tersebut harus memastikan hak istimewa yang dimiliki oleh negeri ini tidak akan terhakis.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia telah terhakis dalam tempoh lebih 50 tahun dahulu tetapi kerajaan negeri telah berusaha mendapatkan semula hak istimewa ini.

“Kami dapat melihat bahawa selama satu tahun setengah di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, beliau bersimpati dengan nasib Sarawak sekali gus memberi kejayaan kepada negeri ini untuk mendapatkan kembali hak istimewa tersebut.

“Oleh itu, saya berharap sesiapa sahaja yang menggalas jawatan Perdana Menteri selepas ini akan terus memastikan Sabah dan Sarawak mendapat hak istimewa mereka kerana kepentingan negeri ini perlu dilindungi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru