Thursday, December 9, 2021

Lelaki pasang lampu isyarat di luar rumah

Secara Rawak

WILTSHIRE: Seorang lelaki didenda kerana membina lampu isyarat di luar kediamannya atas alasan bimbang rumahnya musnah dilanggar kenderaan yang lalu-lalang di hadapan jalan rumahnya.

Wayne Earl, 62, dilaporkan bosan dengan pemandu yang sering melanggar beranda rumahnya di Wiltshire, England, malah beranda itu juga pernah roboh selepas dilanggar lori.

Dia bimbang suatu hari nanti rumahnya juga boleh musnah akibat dilanggar kereta.

Berikutan itu dia muncul dengan idea membina lampu isyarat berwarna hijau terang di berandanya.

Bagaimanapun, tindakannya membina lampu isyarat seperti itu dianggap penduduk setempat sebagai berbahaya dan menjengkelkan.

Polis mengatakan lampu hijau terang yang di letakkan di beranda dibina pada kedudukan yang sama dengan lampu isyarat biasa dan kelihatan seolah-olah dipasang bertujuan mengelirukan pemandu berkaitan rentetan warna merah, kuning dan hijau, lapor media tempatan.

Menurut Dailymail.uk, pihak polis berkali-kali cuba berunding dengan Earl, termasuk memberi notis dan amaran kepadanya memintanya menurunkan lampu isyarat tersebut.

Earl bagaimanapun enggan berbuat demikian berikutan itu kesnya dibawa ke mahkamah dan dia didenda £332 (RM1,950).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru