Sunday, June 26, 2022

Kereta terbabas, wanita berdepan detik cemas di Bintangor

Secara Rawak

BINTANGOR: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila kereta jenis Proton Prave yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Cung San di sini, malam tadi.

Mangsa yang berusia 51 tahun bagaimanapun terselamat dalam kejadian kira-kira jam 9.35 malam itu.

Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pasukannya bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 9.41 malam.

“Ketika tiba di lokasi kereta mangsa melintang dan hampir terjatuh ke dalam longkang. Sebagai tindakan susulan, kami bertindak menarik semula kereta itu ke jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Bintangor menghala ke Sibu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru