Monday, October 25, 2021

Kerajaan yang saya pimpin tidak gagal — Muhyiddin

Mesti baca

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan seolah-olah wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh beliau.

Perdana Menteri caretaker itu berkata, bagaimanapun beliau enggan membuat kenyataan yang boleh mengheretnya ke mahkamah.

Menurut Muhyiddin lagi seperti dipetik Astro Awani, berdasarkan prestasi PN, kerajaan yang dipimpinnya itu tidak gagal.

Namun, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata segelintir pihak mengambil peluang dengan mempertikaikan keabsahan kerajaan.

“Saya rasa seperti seolah-olah ada konspirasi.. seolah-olah lah, pasal saya juga seorang (ahli) politik menilai, sewajarnya tidak begitu.

“Jadi, petanda-petanda yang saya fikir dilakukan pihak atau kumpulan tertentu untuk tujuan tertentu. Saya tak nak buat apa-apa kenyataan yang menyebabkan saya diheret ke mahkamah, ini fakta politk yang saya akui mungkin telah membuat kesan sebegitu rupa sehingga mungkin cita-cita mereka berhasil.

“Tetapi tak apa, kita terima… Mengikut Islam, ia ditakdirkan. Tetapi ini bukan bermakna tugas kita tidak ada lagi,” katanya dalam sidang media selepas Perutusan Khas, di sini pada Isnin seperti dipetik Astro Awani lagi.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya adakah beliau merasakan seperti dikhianati selepas bertungkus-lumus memulihkan negara akibat pandemik Covid-19.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Secara Rawak

Artikel Terbaru