Sunday, July 3, 2022

Tiga anggota tentera maut dalam kejadian tembakan di Sarawak

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Tiga anggota lelaki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian tembakan di Balai Pengawal Handau Skuaron 330 TUDM, pagi tadi.

Insiden sekitar jam 7.50 pagi itu menyebabkan ketiga-tiga anggota terbabit meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi anggota yang tercedera telah pun dihantar ke Institut Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan untuk tindakan rawatan kecemasan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail yang mengesahkan kejadian berkata setakat ini pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden terbabit.

Tegas beliau, pihak pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen dan Forensik Hospital Umum Sarawak telah pun hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan.

“Maklumat awal kejadian tembak di balai pengawal tersebut mendapati menyebabkan tiga kematian, setakat ini kita masih sedang menjalankan siasatan,” ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru