Friday, August 19, 2022

Tentera ditembak rakan di perut meninggal

Secara Rawak

KOTA SAMARAHAN: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mengalami kecederaan di perut akibat ditembak rakannya disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 pagi tadi.

Mengesahkan kejadian Ketua Polis Daerah Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Pusat jantung Sarawak.

Justeru seramai empat anggota TUDM disahkan meninggal dunia akibat insiden amukan bersenjata api di Bilik Pengawal Handau TUDM sekitar jam 7.15 pagi tadi.

Terdahulu, mangsa yang meninggal dunia di Pusat Jantung ketika insiden cuba menenangkan suspek agar tidak bertindak sedemikian sebelum suspek menembaknya di bahagian perut.

Sebelum kejadian, suspek difahamkan masuk ke bilik pengawal tersebut dan mengisi peluru di dalam selaras senjata api lalu bertindak menembak tiga rakan-rakannya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Senior Asisten Komisioner Lukas Aket mengesahkan siasatan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru