Tuesday, June 28, 2022

Pembantu perubatan dari Mukah ditemui meninggal dunia di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Seorang pembantu perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditemui meninggal dunia di bilik rehatnya di tingkat dua pusat kuarantin kawasan King Centre, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, mangsa, 28, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh rakan sekerjanya di bilik tersebut sekitar jam 7.07 malam.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Mukah itu baru sahaja ditugaskan ke pusat kuarantin terbabit sejak dua minggu lalu iaitu pada 2 Ogos, tahun ini.

“Petugas kesihatan yang hadir bersama pihak polis di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dalam tempoh lebih kurang tujuh jam sebelum disedari oleh rakan sekerjanya.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur-unsur jenayah dan tiada sebarang kesan pecah masuk atau kehilangan barangan milik si mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedah Ahsmon pemeriksaan lanjut pada tubuh badan turut mendapati tiada sebarang kecederaan dialami oleh mangsa.

Tambahnya mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan siasatan lanjut iaitu saringan Covid-19 dan juga bedah siasat.

Tegasnya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes kini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Justeru beliau mengingatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga simati.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru