Tuesday, August 16, 2022

 Novel Melayu pertama Sarawak, dunia berusia 145 tahun

Secara Rawak

KUCHING: Pihak Muzium Sarawak perlu menyediakan ruang untuk mempamerkan sejarah awal persuratan, kesusasteraan dan media di Sarawak bagi mendedsahkan bidang tersebut kepada generasi kini dan akan datang.

Pengamat sastera dan penganalisis politik Dr Jeniri Amir yang juga Felow Kanan Majlis Profesor negara berkata, ini termasuk mempamerkan sejarah dan latar belakang pengarang novel Hikayat Panglima Nikosa (HPN)  yang diterbitkan pada 30 Jun 1876 karya Ahmad Shawal Abdul Hamid.

Karya yang dicetak di Bukit Persinggahan, berdekatan Kampung Boyan, Kuching yang diterbitkan 145 tahun lalu itu dianggap sebagai novel Melayu pertama di negara ini, malah mungkin di dunia.

“Selain itu. Perlu dihimpunkan kertas kerja dan tulisan berkaitan analisis HPN dalam sebuah buku yang mengandungi pelbagai sudut pandangan dan bidang,” katanya.

Dr Jeniri berkata demikian dalam sesi Bicara Pusaka Bangsa Siri 2/2021 anjuran DBP Cawangan Sarawak yang dilakukan secara maya, semalam.

Ahli panel lain yang turut diundang ialah pensyarah kanan Unimas, Dr Fatimah Subet yang mengupas karya tersebut dari segi bahasa.

“HPN perlu dianalisis dengan lebih meluas dengan menggunakan pelbagai teori dan disiplin ilmu, termasuk retorik, bahasa, dialek tempatan, pertanian, pengurusan, pendidikan, agama, kepemimpinan dan perancangan,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar kajian lebih mendalam dilakukan terhadap biografi Ahmad Shawal untuk mengetahui latar belakang, peranan dan sumbangannya dalam masyarakat Melayu lebih seabad lalu, terutamanya dari segi sastera dan budaya.

“Perlu juga diadakan satu seminar khas untuk mengupas ketokohan Ahmad Shawal dan HPN sempena ulang tahun ke-150 penerbitan buku itu pada tahun 2026 nanti,” katanya.

Ahmad Shawal ialah jurutulis Charles Bro0oke dan pakar dalam bidang bahasa Melayu dan banyak mengajar  bahasa tersebut kepada pegawai perkhidmatan Brooke.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru