Thursday, December 9, 2021

Malaysia paling lama lockdown di dunia, tapi makin tinggi kes

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Malaysia adalah negara paling lama ‘lockdown’ di dunia bagi tahun 2021.

Namun katanya, ia juga menjadi satu-satunya negara saja dalam dunia di mana makin lama ‘lockdown’, makin tinggi kes Covid.

“Negara lain buat ‘lockdown’, kes turun. Kita buat ‘lockdown’, kes naik dan naik dan naik,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pekan seperti dipetik portal Umno.

Beliau turut memberikan perkiraan jumlah PKP 1.0 pada tahun 2020 ialah 45 hari sementara PKP 2.0 ditambah dengan PKP 3.0 berjumlah 144 hari setakat ini.

Dilaporkan, sehingga semalam, sebanyak 20,780 kes baharu Covid-19 yang dicatatkan dengan 211 kematian melibatkan 184 warganegara manakala 27 bukan warganegara.

SEJAK Mac 2020 sehingga Jun 2021, sejumlah 3,396 kes COVID-19 dilaporkan dalam kalangan ibu hamil di Malaysia. Dianggarkan hampir 1 peratus ibu hamil di Malaysia dijangkiti COVID-19. Jumlah kes yang dilaporkan semakin meningkat bermula Oktober 2020, dengan purata 200 kes jangkitan sebulan di mana lonjakan kes dapat dilihat pada Mei 2021 (sebanyak 850 kes) dan Jun 2021 (sebanyak 899 kes).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru