Saturday, October 23, 2021

Kuching, Serian, Bau dan Samarahan rekod kes tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak mencatatkan angka tertinggi  jumlah kes harian Covid-19 dengan 1,216 kes hari ini.

Ia sekali gus menjadikan negeri ini sebagai penyumbang kepada 21,688 kes di seluruh negara.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, dengan angka kes harian tersebut ia menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 meningkat kepada 84,603.

“Daerah Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 618, diikuti dengan Serian (223), Bau (116), Samarahan (77), Betong (32), Sibu (28), Lundu (18), Bintulu (16), Simunjan (15), Tebedu (13) dan Asajaya (9).

“Manakala,  Saratok dan Miri masing-masing merekodkan tujuh kes; Kapit, Mukah, Selangau dan Tatau (6); Beluru (3); Dalat, Sebauh dan  Kanowit (2); Sri Aman, Pusa,  Belaga dan Lawas (1),” kata JPBN menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara, JPBN memaklumkan terdapat dua kes kematian dilaporkan hari ini masing-masing satu kes dari daerah Kuching dan Serian.

Secara Rawak

Artikel Terbaru