Sunday, September 19, 2021

Kesiapsiagaan kerajaan menjayakan Pelan Pemulihan Pelancongan

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Pengumuman YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin baru-baru ini telah melegakan industri pelancongan negara.

Sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Pelan Pemulihan Pelancongan yang diumumkan sebelum ini oleh YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MoTAC), Datuk Seri Hajah Nancy Shukri – pengumuman tersebut menunjukkan kesiapsiagaan kerajaan untuk menuju kearah menjayakan pelan tersebut.

Dengan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan kepada Negeri yang telah memasuki Fasa 2 PPN serta kepada mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap pastinya akan menggalakkan segenap rakyat untuk sentiasa mematuhi SOP dan sekaligus menggalakkan mereka untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan segera.

Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan pastinya akan mula membuka sektor ekonomi mereka dengan segera.

Hotel-hotel dan inapdesa (homestay) di negeri-negeri terbabit akan mula dibuka pada Selasa (10 Ogos) yang pastinya akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan mereka. Dengan pembukaan sektor pelancongan secara terkawal ini, akan dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat yang telah sekian lama mengalami kemurungan semenjak Mac 2020 yang lalu.

Program Covid-19 Free Destination yang memillih Pulau Langkawi sebagai destinasi rintis juga pastinya akan dapan dijayakan dalam masa terdekat. Walaupun Langkawi ketika ini masih lagi didalam Zon Merah – tetapi dengan penerima suntikan vaksin 1 dos ketika ini mencecah sehingga 65,000 orang dan lebih 29,000 orang yang telah menerima 2 dos suntikan vaksin dengan kadar suntikan dipergiatkan hasil rundingan MoTAC dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJV), kami yakin

Secara Rawak

Artikel Terbaru