Sunday, September 19, 2021

Agrobank bantu komuniti yang terjejas

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Menyedari hakikat pelbagai kekangan ekonomi yang dihadapi masyarakat sepanjang tempoh penularan pandemik COVID-19 ini, Agrobank mengambil langkah proaktif dengan menjalankan inisiatif “Agrobank dan Komuniti” yang dibangunkan khas dengan kerjasama beberapa usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Agrobank untuk mengedarkan kotak makanan kepada kira-kira 1,600 penerima yang memerlukan di seluruh negara, merangkumi kesemua lapan wilayah di bawah Agrobank.

Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu komuniti yang terjejas dan memerlukan bantuan serta sokongan dari segi keperluan asas makanan akibat kesempitan yang dialami ketika tempoh pandemik COVID-19 ini.

Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata, “Agrobank amat cakna dan prihatin akan permasalahan yang dihadapi oleh segelintir masyarakat ketika tempoh penularan pandemik ini seperti hilang punca pendapatan atau pendapatan berkurang disebabkan potongan gaji oleh majikan dan menyedari situasi ini, pihak Bank telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan usahawan PKS Agrobank dengan membangunkan inisiatif “Agrobank dan Komuniti’ yang memberi manfaat kepada 1,600 penerima di seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM100,000.”

“Apa yang menarik mengenai program ini ialah, Agrobank dapat membantu usahawan PKS kami meneruskan kesinambungan perniagaan mereka dengan kami membeli hasil pengeluaran mereka bagi tujuan inisiatif ini, dan para usahawan tersebut juga berpeluang untuk turut sama menyumbang sedikit hasil daripada jualan perniagaan mengikut kemampuan mereka kepada golongan yang memerlukan pada waktu sukar seperti sekarang ini,” katanya.

Sumbangan yang diberikan kepada penerima merupakan bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung dan lain-lain. Barangan ini pula dibeli secara terus oleh pejabat wilayah Agrobank daripada usahawan PKS Agrobank di kawasan setempat. (Rujuk lampiran untuk senarai penuh PKS Agrobank yang menyumbang)

Khadijah turut menambah, ini merupakan salah satu inisiatif Agrobank bagi yang bukan sahaja membantu golongan yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan tetapi juga para

Secara Rawak

Artikel Terbaru