Saturday, December 3, 2022

Pejabat Daerah Kecil Debak berharga RM5 juta bakal dibina

Secara Rawak

DEBAK: Pejabat Daerah Kecil Debak yang baharu bakal dibina setelah diluluskan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di bawah Projek Rakyat dengan peruntukkan sebanyak RM5 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam telah hadir di mesyuarat untuk berbincang mengenai pembinaan Pejabat Daerah Kecil Debak yang baharu, baru-baru ini.

Terdahulu, lokasi yang dicadangkan  adalah di tapak yang lama, namun atas faktor keluasan tanah yang tidak mencukupi, Mohamad Razi yang juga selaku pengerusi mesyuarat meminta agar pejabat ini dibina di tempat yang baru bersebelahan dengan balai polis yang sedia ada sekarang.

Jelas beliau lagi, ia akan jadi satu kawasan bersepadu, bukan saja tempat pentadbiran, malah sebagai satu pusat penjaja dan sumber ekonomi di kawasan Debak.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Ketua Menteri Sarawak kerana memberi sokongan diatas cadangan menaik taraf keadaan pusat pentadbiran, serta berharap projek ini akan memberi kemudahan yang selesa khususnya dalam urusan pentadbiran di daerah Debak.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru