Saturday, October 23, 2021

Kisah arwah Siti Sarah amat menyentuh hati, kata Najib

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Siti Sarah Raissudin.

Penyanyi  berusia 36 tahun itu menghembuskan nafas terakhir  jam 5.13 pagi tadi selepas bertarung nyawa melawan Covid-19.

“Takziah kepada keluarga Siti Sarah Raissuddin dan kepada semua ahli keluarga rakyat Malaysia yang telah terkorban oleh Covid-19,” katanya melalui satu hantaran di media sosial.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut merakamkan ucapan takziah beliau.

“Remuk hati saya membaca kisah-kisah kematian ahli keluarga tercinta melalui posting di media sosial,” katanya.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Satu berita yang amat mengejutkan dan menyedihkan,” kata beliau lagi.

“Kisah arwah Siti Sarah amat menyentuh hati. Seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri melahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya,” katanya lagi.

“Takziah Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin, dan kepada seluruh ahli keluarga juga. Tabahkan diri menghadapi dugaan ini,” kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi.

Sementara itu, jenazah Allahyarham Siti Sarah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu, Gombak selepas semua rusuan di hospital selesai.

Secara Rawak

Artikel Terbaru