Saturday, October 23, 2021

Katil di ICU ditambah

Mesti baca

KUCHING: Kemudahan rawatan di hospital kerajaan kini tidak mencukupi apabila hampir semua katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) digunakan akibat peningkatan pesakit Covid-19.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Sarawak kini mempunyai 53 katil ICU yang diwartakan, justeru menuntut kerjasama antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bagi menambah 67 katil di ICU yang keseluruhannya bernilai RM58 juta.

“Penambahan katil di ICU tersebut kerana keperluan harian tertinggi dicatatkan sebanyak 120 katil yang digunakan semula pada Jun lepas.

“Ini bermaksud katil ICU di Hospital Umum Sarawak (HUS) mempunyai 38, Sibu (40), Miri (12), Bintulu (14), Sarikei, Kapit, Limbang dan Serian masing-masing mempunyai empat katil ICU,” jelasnya.

“Hospital Kapit dan Bau mempunyai katil ICU pertama yang dibiayai Kerajaan Sarawak dan Limbang pula hasil dana Kerajaan Persekutuan,” tambahnya lagi.

Selain itu, Kerajaan Sarawak juga menyerahkan kontrak yang bernilai RM1.3 juta untuk 36 tong oksigen bagi meningkatkan kapasiti ICU di HUS. Penyerahan kontrak tersebut melibatkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Desmond Jerukan, Medimax Solution Chieng Kwong Ming, Pemangku Pengarah HUS Dr. Hayati Jaáfar.

Secara Rawak

Artikel Terbaru