Sunday, July 3, 2022

James Masing: Dedikasi barisan hadapan seperti tokoh jururawat Florence Nightingale

Secara Rawak

KAPIT: Sebanyak 178 kotak berupa sumbangan bakul makanan telah diagihkan kepada petugas barisan hadapan sempena Program Thank You Frontliners anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam menyantuni mereka yang telah bertungkus lumus memerangi wabak pandemik Covid-19 di negeri ini.

Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing serta Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri Hal Ehwal Korporat dan UKAS Abdullah Saidol.

Sementara itu, Tan Sri James Masing yang juga ADUN Baleh memuji dedikasi dan menggambarkan tugas petugas barisan hadapan semasa pandemik covid-19 ini sama seperti tokoh jururawat Florence Nightingale yang tidak gentar berada di medan perang sebagai sukarelawan untuk merawat askar-askar yang cedera semasa peperangan.

“Petugas barisan hadapan di Kapit dan juga di seluruh Sarawak telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Oleh itu, melihat kecekalan dan dedikasi petugas barisan hadapan disini, saya teringat dengan kisah Florence Nightingale, tokoh jururawat yang menjadi sukarelawan merawat askar-askar yang cedera semasa peperangan. Sama seperti petugas barisan hadapan kita yang memerangi Covid-19.” ujar beliau. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru