Saturday, October 8, 2022

648 penduduk di Bau sudah terima suntikan vaksin pada Ahad

Secara Rawak

BAU: Seramai 648 lagi individu penduduk dari daerah Bau tampil ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Ahad.

Jumlah tersebut adalah mereka yang hadir pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diadakan di dua lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berasingan.

PICK yang dijalankan di PPV Dewan Bomba Bau mencatatkan seramai 459 orang yang menerima vaksin Sinovac dan daripada jumlah tersebut seramai 37 orang daripadanya adalah penerima dos suntikan pertama, manakala seramai 422 orang lagi adalah penerima dos kedua suntikan vaksin.

Dalam perkembangan lain, PICK yang dijalankan di PPV Hospital Bau pula mencatatkan seramai 189 orang yang melengkapkan vaksinasi. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru