Thursday, May 19, 2022

Projek tebatan banjir di Sebuyau bakal siap 2023

Secara Rawak

SEBUYAU: Projek tebatan banjir di daerah Sebuyau dijangka siap menjelang tahun 2023, demikian kata Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Bercakap dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek tebatan banjir itu pada Sabtu, beliau memberitahu, kerajaan negeri telah memperuntukkan dana sebanyak RM340 juta di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) bagi pembangunan projek tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau tersebut menambah, pembinaan tebatan banjir tersebut melibatkan Skim Sebangan Bajong Blok A, Blok D, Blok E dan Blok F.

Menurut beliau, projek tebatan banjir tersebut melibatkan garisan pantai kira-kira sepanjang 26.5 kilometer.

“Bagi pelaksanaan projek-projek lindungan hakisan pantai tebatan banjir tersebut, sebanyak RM340 juta telah diluluskan di bawah IRSDA, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan pula bertindak sebagai agensi pelaksana,” katanya.

Hadir sama mengiringi beliau ialah Residen Bahagian Samarahan, Brahim Lumpu dan pegawai kerajaan yang lain.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, projek tebatan banjir sepanjang di Skim Sebangan Bajong Blok A untuk fasa pertama yang memakan kos sebanyak RM53 juta kini mencapai 34 peratus kemajuan projek.

Jelasnya, projek berkenaan kini berjalan lancar mengikut jadual ditetapkan, menakala bagi fasa kedua pula, ia masih dalam fasa reka bentuk. 

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru