Thursday, October 6, 2022

Mayat ditemui di sebuah rumah di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Mayat seorang lelaki warga tempatan ditemui di dalam sebuah kediaman berhampiran Stutong, kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Mayat mendiang berusia 47 tahun itu ditemui oleh kakaknya sebelum membuat laporan penemuan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Si mati berumur 47 tahun ditemui oleh kakaknya pada jam 8.30 pagi. Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah terhadap kematian mangsa,” katanya lanjut.

Ujarnya, kes masih dalam siasatan dan setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru