Saturday, October 23, 2021

Perenang Sarawak mahu hadiahkan pingat kepada Ketua Menteri

Mesti baca

PERENANG handalan, Jamery Siga (S5) berazam meraih sebarang pingat di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Sekali gus, mahu menghadiahkan pingat tersebut kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Pengumuman khas Ketua Menteri dua hari lepas berhubung pemberian elaun RM10,000 dan insentif yang bakal menanti, mencetus semangat juang tinggi bagi diri saya dan rakan-rakan untuk mengharungi temasya berprestij dunia itu.

“Justeru, saya tekad untuk berusaha sedaya upaya membawa pulang pingat nanti,” ujarnya.

Menurut Jamery, sememangnya dijangka saingan sengit bakal diharungi dirinya pada kejohanan empat tahun sekali itu.

Namun, dengan persiapan rapi serta pengalaman dimiliki ketika beberapa kali mewakili negara di kejohanan bertaraf dunia.

Perenang kelahiran Kampung Kuala Mendalam, Medamit Limbang itu yakin peluang untuk dirinya merealisasi impian tersebut tetap ada.

“Apa yang penting saya harus mempertingkatkan persiapan dengan tempoh masa beberapa minggu ini,” tambah Jamery sambil menyatakan dirinya akan bersaing dalam acara kegemarannya 50 meter kupu-kupu.

Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akan bermula 24 Ogos ini sehingga 5 September depan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru