Sunday, January 23, 2022

Najib: Bagaimana Muhyiddin masih ada majoriti?

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan  bagaimana Tan Sri Muhyiddin Yassin  dapat mendakwa masih mempunyai sokongan majoriti sedangkan jumlah 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang dikatakan bersama-sama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan berkurangan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini  melalui sidang media beliau  terdapat 41 ahli parlimen BN masih menyokong kerajaan PN.

Bekas perdana menteri itu berkata, 21 Ahli Parlimen BN hadir dalam sidang media Ismail Sabri hari ini untuk menyuarakan sokongan kepada kerajaan PN, manakala 10 lagi wakil rakyat BN yang turut  memberi sokongan tidak hadir.

“Tapi, hari itu bukan kata ada 40 orang BN yang sokong PN untuk menjadikan sokongan majoriti sebanyak 115? Jadi, PM ke-8 masih ada sokongan majoriti ke, jika angka 40 itu sudah jatuh ke 21 atau 31?” soalnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, usaha kerajaan melaksanakan darurat yang didakwanya “scheme of things” selama tujuh bulan nampaknya tidak membuahkan hasil, selepas sokongan dilihat semakin berkurangan.

“Takkan dah usaha begitu lama dengan kuasa penuh darurat ‘scheme of things’ selama tujuh bulan untuk pujuk/ugut, tapi nombor semakin mengecil?” katanya

Presiden Umno  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lalu mempersoalkan sokongan majoriti Muhyiddin dan sidang Parlimen yang perlu dibuat September nanti.

Pembangkang mendesak supaya usul percaya di Parlimen disegerakan pada bulan Ogos ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru