Thursday, December 9, 2021

Lima kluster baharu  jangkitan dalam komuniti  dikesan di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Lima kluster baharu melibatkan jangkitan dalam komuniti diisytihar di Sarawak semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), kluster tersebut  masing-masing dikesan dua di Kuching dan Lundu serta satu di Tatau. 

Jelasnya melalui satu kenyataan dua kluster di Kuching ialah Kluster Kampung Seratau dan Kampung Bintawa Ulu manakala dua kluster di Lundu ialah Kluster Kampung Sebat Melayu dan Kampung Pueh.

Katanya lagi,  kluster di Tatau pula  ialah Kluster Nanga Serenggas. 

“Kluster Kampung Seratau dikesan melibatkan sebuah kampung di bawah lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Batu 15, Jalan Kuching-Serian di sini,” kata kenyataan JPBNS lagi. 

“Sebanyak 1,084 individu disaring di bawah kluster ini dan 352 individu didapati positif, 372 individu negatif dan 360 individu menunggu keputusan,” katanya. 

 

Tambahnya, kluster Kampung Bintawa Ulu  dikesan melibatkan sebuah kampung di bawah PKPD di kawasan Bintawa di Petra Jaya apabila 125 individu disaring. Sebanyak 72 individu didapati positif dan 53 individu negatif,” jelasnya. 

Bagi Kluster Kampung Sebat Melayu pula ia dikesan melibatkan sebuah kampung di Jalan Lundu-Sematan apabila 141 individu disaring.  

“Sebanyak 39 didapati positif dan 102 individu negatif,” jelasnya. 

Kluster Kampung Pueh pula dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di Jalan Lundu-Sematan dan 25 individu disaring di bawah kluster ini. 

“Sebanyak 12 orang didapati positif dan 13 individu lagi didapati negatif,’ jelasnya. 

Jelasnya, kluster Nanga Serenggas, ia dikesan melibatkan sebuah rumah panjang di bawah PKPD di Nanga Serenggas, Ulu Anap di Tatau. 

Jelasnya, 63 individu disaring di bawah kluster ini dan sebanyak 19 individu didapati positif dan 44 individu lagi menunggu keputusan ujian makmal. 

Kata JPBNS lagi,  empat kluster ditamatkan selepas sifar kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas, iaitu  Kluster Sungai Kotak di Meradong, Kluster Tanjong Lelengau di Pakan, Kluster Luteng di Telang Usan dan Kluster Blimbing di Bau. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru