Sunday, September 19, 2021

Kuching, Subis dan Serian catat kes tinggi hari ini

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 759 kes baharu dicatatkan di Sarawak sekali gus menyumbang kepada 20,596 kes baharu rekod tertinggi di seluruh negara, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, Daerah Kuching mencatatkan kes harian tertinggi dengan jumlah 330 kes diikuti Daerah Subis 160 kes dan Daerah Serian 70 kes.

“Manakala, Daerah Samarahan merekodkan 36 kes, Sibu (23), Bau (21), Tatau (18), Kabong (17), Lundu (14) Beluru (10), dan Bintulu lapan kes. Bagi daerah Betong, Miri dan Simunjan masing-masing mencatatkan tujuh kes harian.

“Selain itu, Daerah Asajaya merekodkan enam kes, Sebauh (5), Dalat (4), Meradong (4), Sri Aman (3), Saratok (2), Selangau (2). Manakala, Daerah Mukah, Kapit, Sarikei, Tanjung Manis dan Tebedu hanya mencatatkan satu kes.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 keseluruhan meningkat kepada 79,522 kes,” katanya.

Jelasnya, dua kes kematian baharu direkodkan hari ini melibatkan seorang wanita berusia 48 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan obesiti. Manakala, kes kematian kedua pula, seorang lelaki berusia 61 tahun dan tiada latar belakang penyakit.

Selain itu, seramai 313 kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan dicaj menjadikan jumlah kes sembuh harian meningkat kepada 71,991 kes.

Dalam pada itu, Daerah Beluru telah bertukar status ke merah apabila merekodkan 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Daerah Sebauh pula bertukar status kuning daripada hijau setelah lima kes baharu jangkitan tempatan. Daerah Telang Usan pula kembali ke status kuning daripada jingga setelah merekodkan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.

Bagi Daerah Bukit Mabong kembali ke status hijau setelah tiada jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru