Tuesday, September 21, 2021

Zahid: Rakyat sudah tak tahan lagi, nasi sudah jadi bubur

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Sejak awal lagi Umno mencadangkan supaya buat sekatan pergerakan penuh  yang benar-benar penuh untuk menurunkan kadar jangkitan Covid- 19.

Menurut  Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, secara tidak langsung langkah ini dapat membantu perniagaan dan pekerja yang terjejas sehingga keadaan menjadi stabil serta risiko jangkitan dapat dikurangkan secara drastik.

“Apakan daya nasi telah jadi bubur, hampir setiap hari ratusan nyawa terkorban.

“Sebab itu Umno bertegas cukup-cukup sudah dan hentikan kegagalan ini. Rakyat tidak mahu lagi dan sudah tidak tahan.

“Kerajaan perlu diperbetulkan. Ketuanya telah gagal dan membawa pengikutnya sama gagal. Perbetulkan segalanya demi rakyat dan negara,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya.

“Saya fikir rakyat akan ingat apa yang dilakukan mereka. Jangan fikir rakyat mudah lupa dan senang digula-gulakan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga mengharapkan agar seluruh rakyat bersama-sama berdoa semoga semuanya ini dipermudahkan, hanya Allah SWT sebaik-baik perancang dan yang menentukan segalanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berasa terkilan dengan luahan  seorang isteri yang kematian suami akibat jangkitan Covid-19 di Muar, Johor baru-baru ini.

“Mereka mungkin tidak mengerti nilai nyawa arwah suami saya yang terkorban kerana mereka tidak mengharungi detik yang kami lalui. Saya fikir setiap insan yang mempunyai naluri dan perasaan pasti luluh hati membaca luahan itu,” ujarnya.

“Itu sebab kita katakan ramai rakyat sedang kecewa. Sangat kecewa dengan apa yang berlaku pada negara hari ini,” tegasnya lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru