Tuesday, September 21, 2021

Seramai 424 pekerja ladang, warga asing di Sibu berjaya divaksin

Mesti baca

SIBU: Seramai 424 individu menerima suntikan vaksin dos pertama dalam program imunisasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak Ding Lik Kong.

Program diadakan secara ‘walk-in’ selama dua hari itu menyaksikan seramai 176 penerima hadir pada hari pertama dan 248 orang pada hari kedua dengan majoriti penerima adalah pekerja ladang dan pekerja asing.

Menurut Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sarawak, Michael Tiang, program itu diadakan bagi memastikan setiap penduduk di Sibu yang layak diberikan vaksin agar bandar itu selamat dari wabak Covid-19.

“Objektif utama kita adalah untuk memberi vaksinasi kepada sesiapa sahaja di sini. Tidak kira anda warga asing, penduduk tempatan atau sesiapa sahaja yang ada masalah pengenalan diri.

“Anda boleh datang ke sini untuk menerima vaksin. Kita tinggal sama di bandar ini, makan dan membeli belah bersama. Jadi kita semua mesti divaksin dan hanya dengan langkah itu dapat memastikan Sibu selamat,” katanya kepada UKAS semasa meninjau hari kedua program itu pada Ahad.

Micheal turut mengucapkan penghargaan kepada majikan atas kerjasama menghantar pekerja asing mereka ke program itu untuk diberikan vaksin.

Sementara itu, salah seorang pekerja asing dari Indonesia, Rudi Rahman mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana membolehkan beliau menerima suntikan vaksin.

Tinjauan UKAS mendapati pihak PDRM membuat kawalan rapi dengan kerjasama KRT Nan Sang dan RELA bagi memastikan orang ramai mematuhi garis panduan (SOP) yang telah ditetapkan dan program berjalan lancar. 

 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru