Tuesday, September 21, 2021

Sarawak rancang perumahan yang lebih lestari, sistematik

Mesti baca

KUCHING: Ketua Menteri berkata, Sarawak   memerlukan rancangan yang lebih baik untuk mencapai status bandar yang lestari dan mampan termasuk dari segi kawasan perumahan.

“Kita perlu merancang pembangunan perumahan.Kita perlu pembangunan perumahan yang lestari bagi menyediakan kehidupan yang lebih baik untuk penduduk di bandar ini,” kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Beliau mengakui masih ada beberapa kawasan setinggan di sekitar bandar raya  ini yang memerlukan perancangan terperinci daripada pihak berwajib.

Untuk itu,  katanya, Kerajaan Sarawak merancang pembangunan perumahan yang lebih holistik, sistematik dan lestari  bagi mewujudkan suasana kediaman yang lebih kondusif kepada rakyatnya di bandar raya ini.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Memperingati Hari Bandar Raya Kuching Ke-33 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baharu di sini, pada Ahad.

Abang Johari menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli bagi mengenal pasti kawasan yang memerlukan rancangan perumahan.

“Kita mesti merancang pembangunan perumahan dengan lebih baik supaya tiada kawasan tidak mempunyai perancangan tersusun termasuk seperti masalah penempatan setinggan dalam bandar,” jelasnya.

“Justeru, kedua-dua entiti terbabit perlu bekerjasama mengenal pasti tempat yang harus dibangunkan menjadi kawasan perumahan yang lebih strategik dan lestari, sekali gus memberikan suasana kondusif kepada penghuninya,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru