Tuesday, September 21, 2021

Sarawak capai liputan imunisasi tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak telah mencapai liputan imunisasi Covid-19 yang tinggi di kalangan semua populasi dewasa, kata Pengarah Kesihatan Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.

Menurutnya, sehingga 31 Julai lalu, sebanyak 86.7 peratus populasi dewasa yang layak telah menerima dos vaksin pertama dan 66.6 peratus bagi dos vaksin kedua.

Justeru, beliau berkata menjelang akhir bulan Ogos ini, dijangka lebih daripada 70 peratus daripada populasi Sarawak akan menerima imunisasi Covid-19 yang lengkap.

“Liputan yang tinggi ini amat penting dalam usaha untuk membendung transmisi jangkitan Covid-19 di kalangan komuniti.

“Peningkatan liputan imunisasi ini telah memberi impak positif terhadap bilangan kes baharu yang dikesan dan kadar kematian akibat jangkitan Covid-19,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dr Mohamed menambah, berdasarkan kepada laporan Julai lalu, purata kes yang dikesan telah menurun kepada 383 kes sehari berbanding dengan purata kes sebelumnya iaitu 584 kes pada Jun dan 538 kes pada Mei 2021.

“Walaupun terdapat peningkatan kes pada minggu ini (dari 25 Julai hingga 31 Julai) iaitu 450 kes baharu sehari namun kebanyakan kes yang dikesan adalah tertumpu di beberapa daerah terutamanya di Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian.

“Ini berikutan aktiviti saringan bersasar dan saringan kontak kepada kes positif yang telah dilaksanakan,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru