Tuesday, September 21, 2021

Sarawak antara negeri catat kadar vaksin tertinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak antara negeri yang merekodkan kadar ketiga tertinggi apabila sudah mencatat 84.6 peratus penduduk di negeri ini menerima dos pertama manakanala bagi dos kedua pula 81.5 peratus bagi orang dewasa.

Menurut Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, kawasan atau negeri lain yang merekodkan kadar tinggi ialah Lembah Klang sebanyak 96.7 pertatus, Labuan 95.1 peratus dan Negeri Sembilan 72.5 pertatus.

Jelasnya, jumlah kumulatif suntikan dos vaksin di negara ini sudah mencecah 21,200,573 dos, termasuk 480,122 dos diberi semalam.

Katanya, sebanyak 14,247,659 ialah dos pertama manakala 6,952,814 lagi dos kedua.

Katanya, sebanyak 60.9 peratus daripada populasi di negara ini sudah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama setakat semalam.

Manakala bagi dos kedua hampir 30 peratus daripada orang dewasa sudah menerimanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru