Tuesday, September 21, 2021

Perlu adakan sidang Parlimen dalam waktu terdekat

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap satu tarikh akan ditetapkan untuk sidang Parlimen diadakan dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau ini kerana ujian saringan secara besar-besaran telah pun dilakukan secara tiba-tiba di Parlimen pada petang 29 Julai lalu.

“Perdana Menteri mengarahkan sidang Dewan Rakyat pada Isnin ditangguh kerana Parlimen dikatakan sebagai lokaliti berisiko berlaku penularan Covid-19, iaitu sejurus Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bertitah dukacita terhadap tindakan kerajaan menyalahi Perlembagaan serta membelakangi peranan dan tanggungjawab baginda,’ katanya.

“Saya percaya hasil ujian saringan itu telah mengenal pasti siapa yang positif dan perlu diasingkan daripada hadir ke Parlimen,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi persidangan perlu kembali diadakan kerana banyak isu rakyat termasuk mengenai pembatalan Ordinan Darurat tanpa mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong belum terjawab.

Menurut Ahmad Zahid memandangkan Parlimen ditangguh disebabkan berisiko jangkitan Covid-19 beliau berharap lokaliti lain yang turut berisiko berlaku penularan seperti kilang-kilang non essential juga ditangguhkan daripada beroperasi.

“Sebagai kerajaan kena adil kepada rakyat. Nyawa rakyat juga perlu dijaga,” ujar beliau.

Secara Rawak

Artikel Terbaru