Tuesday, September 21, 2021

Pastikan sekolah dalam keadaan  sihat, selamat sebelum dibuka

Mesti baca

KUCHING: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) telah meneruskan misi sumbangan bantuan menerusi Program Ziarah UKAS di kawasan Padungan, pada Sabtu. 

Pada kali ini, sumbangan berupa cecair pembersih tangan, pelindung muka (face shield), pelitup muka (face mask), alat sanitasi, pengesan suhu, dan air minuman akan diserahkan kepada SJKC Chung Hua No 1.

Simbolik penyerahan disempurnakan oleh Kapitan Lee Peck Cheng kepada Pengetua, Lee Mui Huat disaksikan oleh Kaunselor Jong Yean Pin.

Menurut Kaunselor Jong, bantuan berkenaan sedikit sebanyak membantu dalam persediaan pembukaan semula sekolah agar berada di dalam keadaan yang sihat dan selamat. 

Dalam pada itu, Lee Mui Huat turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas usaha murni UKAS dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. 

Hadir sama, Penolong Pengetua,Edmund Siaw Chia Poh dan Setiausaha Sekolah,Chai Hong Ming. 

 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru