Tuesday, September 21, 2021

Mayat wanita disangka patung, dibuang dalam kontena sampah

Mesti baca

SHERBROOKE: Polis mengeluarkan mayat wanita yang rentung dari sebuah kontena selepas dia dilaporkan dibuang di situ oleh pasukan bomba yang menyangka mayat itu ialah patung.

Pasukan bomba dikerah ke sebuah lokasi selepas menerima aduan pekerja kilang yang mendakwa melihat asap keluar dari hutan di hadapan kilang mereka.

Setibanya di situ pada 10 pagi waktu tempatan, beberapa saksi mendakwa melihat seseorang membakar patung silikon.

Seketika kemudian pihak polis tiba untuk membantu pasukan bomba dan selepas berbincang, polis dan pegawai bomba bersetuju meletakkan ‘patung’ tersebut di dalam kontena sampah khas.

Kontena ini hanya boleh digunakan oleh pasukan bomba dan orang awam tidak boleh menggunakannya.

Pada 2.15 petang, satu siasatan membabitkan orang hilang dilakukan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki tentang kehilangan isterinya.

Menurut maklumat Radio Canada, pengadu mendakwa isterinya berada dalam keadaan tertekan.

Hasil siasatan menggunakan telefon bimbit mangsa, polis mendapati kenderaan pengadu itu berada di kawasan berdekatan tempat ‘patung’ itu dibakar.

Berikutan perkembangan terbaru itu, mayat wanita yang disangka patung itu dikeluarkan dari kontena sampah dan pakar bedah siasat mengesahkan ia manusia.

Polis dikatakan masih melakukan siasatan lanjut berkaitan kematiannya, menurut Reddit.

Secara Rawak

Artikel Terbaru