Tuesday, September 21, 2021

Ini rayuan kepada yang belum daftar, terima vaksin di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jabatan kesihatan Negeri Sarawak (JKN) menyeru individu yang masih belum menerima dos pertama vaksin atau belum menerima janji temu imunisasi Covid-19 agar segera menghubungi Pejabat Residen, Daerah atau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan tarikh janji temu imunisasi atau menerima imunisasi Covid-19 secara hadir terus.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, Datuk Dr. Mohamed Sapian Mohamed, sebagai usaha memastikan semua penduduk berumur 18 tahun ke atas dan layak menerima imunisasi COVID-19, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sarawak telah melaksanakan perkhidmatan pemberian vaksin secara hadir terus.

jelasnya, sasaran 70 peratus populasi Sarawak divaksin lengkap sebelum menjelang akhir Ogos ini.

“Liputan yang tinggi ini amat penting dalam usaha untuk membendung transmisi jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti,” katanya dalam satu kenyataan.

“Peningkatan liputan imunisasi ini telah memberi impak positif terhadap bilangan kes baharu yang dikesan dan kadar kematian akibat jangkitan Covid-19,” katanya.

katanya lagi, berdasarkan kepada laporan pada bulan Julai 2021, purata kes yang dikesan telah menurun kepada 383 kes sehari.

Kata beliau lagi, jika dibandingkan dengan purata kes pada sebelumnya, iaitu 584 kes pada Jun dan 538 kes pada  Mei 2021.

Katanya,  walaupun terdapat peningkatan kes bermula dari 25 Julai sehingga 31 Julai iaitu 450 kes baharu sehari,  namun kebanyakan kes yang dikesan tertumpu di beberapa daerah sahaja.

Secara Rawak

Artikel Terbaru