Wednesday, September 22, 2021

Dua rumah panjang dikenakan PKPD

Mesti baca

KUCHING: Dua rumah panjang di Sri Aman diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan mulai semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata ia melibatkan Rh Rh. Alias, Kampung Kandis dan Rh Peter Gimang, Kampung Rapak Penyau di Pantu Sri Aman.

Kata JPBN, PKPD di dua lokaliti berkenaan dilaksanakan sehingga 14 Ogos 2021.

Sementara, jawatankuasa itu berkata tujuh lokaliti melibatkan empat daerah telah ditamatkan pelaksanaan PKPD semalam.

Ia melibatkan Asrama Pekerja Multiocean, No. 60, Jalan Industri Sarikei, Rh. Brinau, Sg. Baron Sarikei, Rh. Maja, Sg. Baron Sarikei, Rh. Ningkan, Sg. Paoh Sarikei, Rh. Anthony, Sg. Merah Dayu Pakan, Rumah Setinggan, Sungai Plan (Belakang SOP) dan Kampung Emperoh Nyiru Grait, Kuching.

Secara Rawak

Artikel Terbaru