Tuesday, September 21, 2021

Cuepacs pandang serius isu kebajikan para petugas PPV

Mesti baca

KOTA SAMARAHAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memandang serius isu kebajikan para petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Pemangku Pengerusinya Omar Bahrein Unin berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan moral dan semangat kepada mereka yang bertanggungjawab di PPV.

Menurut beliau, disebabkan perkara itu juga ahli-ahli jawatankuasa (AJK) Cuepacs Sarawak telah mengadakan lawatan kerja ke PPV Dewan Suarah Kota Samarahan semalam.

Katanya lagi, program lawatan tersebut merupakan kesinambungan daripada yang dilaksanakan oleh Cuepacs di peringkat pusat.

“Kehadiran kami ke PPV bukan untuk mencari kesalahan, tetapi kami berasa bertanggungjawab untuk memberikan sokongan dan berterima kasih kepada semua petugas termasuk sukarelawan yang membantu melancarkan proses pemberian vaksinasi,” katanya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru