Tuesday, September 21, 2021

50 orang golongan sasar di Dun Pantai Damai dapat bantuan 

Mesti baca

KUCHING: Lagi seramai 50 orang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan, warga emas dan orang kurang upaya di kawasan Pantai Damai terima bantuan berupa bakul makanan sempena Program Ziarah UKAS anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Antara penduduk kampung yang menerima bantuan tersebut adalah dari Kampung Pasir Pandak, Kampung Pasir Panjang, Salak, Kampung Sungai Berdaun dan Kampung Sungai Batu.

Simbolik penyampaian bakul makanan berupa bekalan makanan asas dan pelitup muka telah diserahkan oleh Ketua Kaum Nazri kepada wakil penerima.

Tujuan program diadakan adalah untuk membantu golongan sasar yang dinilai layak oleh setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang terlibat.

Penerima dan wakil penerima pula mengucapkan ribuan terima kasih kepada UKAS dan kerajaan negeri di atas bantuan bakul makanan berkenaan.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru