Tuesday, September 21, 2021

250 penduduk di Batu Kitang lengkap divaksin

Mesti baca

KUCHING: Seramai 250 penduduk di kawasan Batu Kitang melengkapkan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Batu 10 pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang telah mengadakan tinjauan ke PPV berkenaan bagi meninjau operasi vaksinasi di situ.

Dalam tinjauan tersebut, beliau telah dimaklumkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Bahagian Kuching bahawa seramai 254 orang akan menerima suntikan vaksin jenis Sinovac dos kedua pada hari tersebut.

Pihak KKM juga menyatakan sebilangan para penduduk yang tinggal di kawasan Paya Mebi, Kampung Landeh, Kampung Sebuak dan Kampung Betong tidak dapat menjalani suntikan dos kedua kerana mereka telah diarahkan untuk menjalani kuarantin dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di situ.

Justeru, pihak KKM terpaksa mengubah jadual dan menunggu penduduk menghabiskan tempoh kuarantin dan PKPD.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru