Tuesday, September 21, 2021

Virus maut terus mengganas dan menggila

Mesti baca

Dunia kini menyaksikan 198.50 juta telah dijangkiti Covid-19 sejak virus maut itu mulai dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019.

Angka korban terus meningkat. Jumlah keseluruhan kematian hingga pagi Ahad menurut Worldometers ialah 4.23 juta manakala jumlah yang sembuh 179.25 juta.

Amerika Syarikat terus berada di tangga teratas dengan lebih 35 juta kes jangkitan dan lebih 629,000 kematian.

Negara Uncle Sam itu, disusuli India dengan lebih 31 juta kes jangkitan dan lebih 424,000 korban.

Brazil di tangga ketiga dengan lebih 19 juta kes jangkitan dan lebih 556,000 mangsa.

Rusia di tangga keempat pula sudah merekodkan lebih 6.26 juta kes jangkitan dengan lebih 158,000 kematian.

Di tangga kelima ialah Perancis dengan lebih 6.12 juta kes jangkitan dan lebih 111,000 korban.

United Kingdom dan Turki sudah merekodkan lebih lima juta kes, manakala Argentia, Colombia, Sepanyol dan Itali lebih empat juta kes jangkitan.

Tiga buah negara merekodkan lebih tiga juga kes, iaitu Iran, Jerman, dan Indonesia.Semua negara terbabit merekodkan kurang daripada serbu kematian harian kecuali Indonesia menyaksikan 1,808 kes kematian semalam.

Varian delta dilaporkan punca utama peningkatan kes  jangkitan di seluruh dunia.

Secara Rawak

Artikel Terbaru